Old Time Sengkuang,Sengkuang Calit 😋

Nostalgia tak?

Sebut sahaja Sengkuang Calit,pasti teringat zaman kanak-kanak riang di Sekolah Rendah.

Sekeping sengkuang yang dihiris nipis,dan disapu dengan sos calit kemudian di tabur dengan kacang tumbuk dan gula. Sedapnyaaaaa😋.

Ada juga tercari2 snek ni and makan kalau ternampak kiosknya kat mana2..last2 I dapat tau HQ Old time sengkuang calit ni ada di deret workshop Mr.H di Puchong Intan, dan mereka juga jual sengkuang calit kepada peminat2 sengkuang calit tau!Walk in sahaja, jangan risau.

Dan pabila sesuatu makanan tu dibeli di HQ @ Office produk tu, rasanya sangatlahhhhh sedap,enak terbaik, ikhlas!Puas Hati!

Dengan harga RM 2.50, anda dapat:
Sekeping sengkuang calit yang quit besar
dengan pilihan sos standard/pedas, kacang yang rangup+sedap+sedap sangatlah!😁 Owner akan potongkan siap2.sengkuang tu untuk memudahkan pelanggan makan dan lidi untuk cucuk, so takdelah messy2 kan kalau messy pun dia dah siap2 provide tisu untuk pelanggan 😍 bijak…bijak..

image

Tengoklah tu..kadang2 tak cukup makan 1, mesti ada extra (tapi share ngan Mr.H ye 😁)

Old time sengkuang ni memanglah sedap, halal, bersih dan paling penting produk bumiputera tau, Boleh check out location kiosk old town through their fb/blog and if tak silap ada satu di KL di Mara Digital KL, ground floor.

image

For me I lagi senang walk in di Puchong Intan je, deret kedai situ boleh nampak Old time Sengkuang punya office and ada satu tempat khas untuk pelanggan beli.

image

Inilah officenya, kena fokus betul2 bila cari coz warna  officenya hijau gelap :mrgreen: (ye ke?)

imageSelain tu, sengkuang calit juga ada masuk event2, and kalau nak mereka datang untuk event anda pun boleh, banyak je dalam fb diorang update event di mana2.

Musim panas ni eloklah sejukkan badan sikit makan sengkuang ye tak?

“Buat sedap2″moto sengkuang calit, memang Best In the World 👍

Advertisements

Lunch di D’Warung Bawal Bandar Baru Bangi

Pernah try makan sini?

Bertentangan jalan di Shell Bandar Baru Bangi and warung ni letaknya kat tepi jalan. Kalau masuk dari Highway Kajang Putrajaya mmg senang sangat jumpa.

image

Nasi Putih, Ayam Goreng/Bawal/Tilapia/Ikan Keli dengan gulai kari, ulam2 dan 2 jenis sambal, sambal belacan and bawang kicap. Semua tu ada dalam satu set dgn hanya RM 7. 😉 Semua yang pernah datang sini mesti akan akui betapa set sesimple ni pun boleh mencabar keEGOAN korang yang berlagak taknak makan tepi warung untuk datang berkali-kali.

Exploring foods has no boundries I guess, so dont limit yourself..rugi tau!!!

image

image

Kalau perut tgh berkeroncang, makanan sesimple ni pun boleh jadi berhantu utk u all, servis cepat, air free flow, bayar sekali je then nak tambah berkali-kali pun ikut andalah.

image

Sengaja bawa our Crew ke sini untuk lunch before cuti Labour Day and  hasilnya berpinggan2 la extra nasi di order😂😂 .

Happy Labour Day everyone.Enjoy your holiday 🙂

Interaksi dengan orang Bisu

At first, I nak share my review on satu Cafe di Cameron Highland di Kampung Sedia, lepas tu dapat satu customer bisu yang hantar servis keretanya ke sini .

Review tu simpan dulu.

For your information, I handle bahagian office di workshop Mr.H, and he is specialist in Naza, Kia, Hyundai (Korean Car). With more than 10 years experience dengan Naza Kia,Naza Motor and partner dengan seorang chinese about 3 years, alhamdulillah ada rezeki lebih lepas kami kahwin, Mr. H buka workshop sendiri RN AUTO GARAGE, dan berpartner dengan adik lelaki dia.  Since they were very busy handling bahagian servis, bahagian Office kelam kabut dan after I resigned from Law Firm in Puchong,he asked me to assist him. At first nak tolong for 6 months je, tapi dah melarat2 pula smpai dekat 1 tahun setengah, dan I menyesal tak serius menulis sambil2 duduk office milik suami sendiri(faham-faham je), hahaha..apapun better late than never.

Sebelum ni I tak pernah jumpa mana-mana orang bisu pun secara berdepan, dalam TV tu adalah kan so tak pernah interaksi dengan diorang pun. Golongan bisu ni tak banyak beza dengan kita, semuanya sempurna cuma tak boleh bercakap sahaja, ada yang mungkin boleh mendengar dan ada juga yang tak boleh. Sebab musabab lanjut, silalah google atau wikipedia, insyaAllah akan jumpa.

So since kami semua tak belajar cara berinteraksi dengan isyarat,inilah caranya:

20160429_163043 (1).jpg

Mereka ni sama je macam kita, can write and read so komunikasi paling logic sekali adalah by way of writing ,sama-sama  faham dan lebih baik kerana ada rekod sekali.

Apapun kita mesti layan customer atau sesiapa sahaja dengan baik, treat them nicely, kita tak rugi kan?

Jum service your car with us , sambil2 menyelam.. haha

Till then.

 

 

 

 

Nasi Kandar BEST in KL 😋

I’m craving for Nasi Kandar today and asked Mr.H to have our lunch at my favourite place Restoren ZK,Kampung Attap.

However, Mr.H against on my decision dan terus memandu ke arah PJ, his all time favourite,Zainul Nasi Kandar, in PJ Old Town. *sedih, sob2*. Katanya, Nasi Kandar Kg Attap tu perempuan mmg ramai suka (yerlah tu…mana tau ni???) tapi mmg betul kot most  woman suka makan kat situ. Proven during lunch hour.

Maybe because ada kuah honey yang di curahkan ke ayam gorengnya and makan dgn curry campur dan digaul2 kan bagi serata..perghh memang terangkat. Personally I mmg suka version nasi kandar ada yang ada manis2 sikit coz I’m x a fan of curry thing 😋

Ok, dengan muka redha ikut jelah tapi dgn syarat nak kuah manis, which is kuah tauhu (sambal manis2 pedas)recommended,,tolonglah percaya!and selalunya ambil piring asing untuk tauhu tu but today Mr.H terus banjirkan sekali dgn kari campur and the result is *nangissss* sedapnya  mengalahkan Nasi Kg Attap..bye2 dear ZK, I dah jumpa Zainul..tak nampak dah u kat Kampung Attap tu..hahaha!

 

20160428_121450

One thing yg I hairan dari dulukala, kenapa En. Zainul serve taugeh instead of Kobis,,Kobis kan lagi best :p tapi tu mungkin RAHSIA business yang kita tak tahu, so abaikan kerana tetap SODDAPP, BEST IN THE WORLD *dengan bersemangat*

20160428_122310

Nampak tak nasi yang dibanjiri CURRY and KUAH MANIS tu, pls lah Percaya, ni bukan review berbayar tau, ni review ikhlas dari hati, thumbs up Nasi Kandar Zainul!you make my tummy happy lagi dan lagi dan lagi.

Kalau rasa nak pergi macam teringat-ingat nasi kandar ni boleh waze ke;

ZAINUL NASI KANDAR

Medan Selera MBPJ Lorong Sultan ,

Seksyen 52, PJ

Business hours: Tak pasti, nak lagi selamat datanglah dari 10 pagi hingga 4 petang.

Salam Kenyang, Alhamdulillah 🙂

 

 

 

 

Makan Hati

Betul ke semakin meningkat umur kita semakin banyak kita makan hati?

Selalunya episod makan hati ni bukan dengan suami je(dah tentulah pasal hari2 jumpa suami) malah ada episod makan hati dengan adik beradik, dengan ipar duai, dengan mertua, rakan sekerja dan ramai lagi.

Pokok pangkal terserah pada diri kita sendiri, for me kalau makan hati cuba berbincang atau meluahkan (suami) guna cara halus by whatsapp, mesej, tapi kalau x berkesan luahkan pada Allah s.w.t dan SABAR lah jawbnya, beri masa pada dia dan diri sendiri, fikirkan kebaikan2 dia..tunjuk ego sikit tau, jgn asyik nak cengeng dan menangis 😂.

Kalau dgn adik beradik..hurm berat2..coz nak diluah kang takut terasa..and tak diluah hati merana, cuba figure out cara terbaik and lembut..fikir dulu sebelum cakap kalau tidak dikatakan kita ni memfitnah pula.(ini berlaku ye) walau apa pun air dicincang takkan putus kan.InsyaAllah semua penyelesaian ada, kita yang kena pilih jalan yg sesuai demi tidak terlebih makan hati.

Dengan ipar tu episod makan hati kadang2 terpaksalah kita pendam..luahkan pada suami kalau kena caranya ok,insyaAllah suami akan faham, kalau tak kena gayanya bergaduh pula bermasam muka..episod makan hati takkan berakhir dgn sekelip mata yg penting my advice is,

Sabar, mengadu dan luahkan pada Allah, doakan yg baik2 dan pupuk diri kita untuk lebih sabar,dan tak sensitif atau cepat terasa, insyaAllah hubungan akan jadi lebih baik, jgn makan hati sangat sesekali tukar selera makan lain pula.haha..

Motivasi of the Day.

 

 

 

 

Blogging

Salam readers, this will be my project for this year, well cikcoffee dah 31 tahun ni and decided to make something for my self and trying new path and adventures instead of uploading gambar di wall2 facebook, ig dan sebagainya😀. Lebih baik cik coffee share perkara2 yang boleh di refer oleh followers, readers or silent readers on my experience, travel, tips2, dan macam2 lagi (tak kisahlah kalau x jadi bahan utk direfer pon, yg penting cik coffee boleh menulis, writing is one of my all time favourite ever!before this banyak dalam diari je 😆)

Now why is cikcoffee?

Kerana sy mmg penggemar coffee yg tegar, yg panas terutamanya (hari2 pun mesti nak coffee) I decided to choose this name pasal lepas dah survey2 nama utk blog…inilah yg menggambarkan my self, at least this is one thing that I really understand about me😂.

So welcome readers, lots more to share and hope that I can share something useful for others, insyaAllah.

Salam Subuh.